Dewi Sri

Patung gangsa Dewi Seri dari Jawa

Dewi Seri (Jawi: ديوي سري, Jawa: ꦢꦺꦮꦶꦱꦿꦶ Dewi Sri) ialah dewi kesuburan dan bercucuk tanam terutama padi sawah dalam kalangan masyarakat orang Jawa, Bali dan Melayu[1] zaman pra-Islam. Dia memiliki pengaruh di dunia bawah tanah dan terhadap bulan. Dia juga dapat mengawal bahan makanan di bumi dan kematian. Kerana Dia merupakan tanda bagi padi, Dia juga dipandang sebagai ibu kehidupan.

Dia merujuk kepada dewi-dewi Hindu; Dewi dan Shri.

Kebanyakan kisah mengenai Dewi Sri terkait dengan mitos asal mula terciptanya tanaman padi yakni tanaman ruji utama di rantau pulau-pulau ini.

  1. ^ Skeat, Walter William (1900). "4: The Malay Pantheon - Gods". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 83–93 – melalui Internet Archive.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy